Friday, April 9, 2010

Tamadun Islam dan Asia Tenggara

1.0 PENGENALAN
1.1 TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam bermula apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh seorang nabi Allah yang bernama Muhammad daripada Allah s.w.t melalui malaikat Jibrail a.s pada bulan Ramadan tahun 610 Masihi,ketika baginda berusia 40 tahun.Ketika baginda dilahirkan ,Semenanjung Arab berjiran dengan tamadun-tamadun terkemuka dalam sejarah iaitu Tamadun Greek dan Byzantin di sebelah utara, Tamadun Iran (Parsi) di sebelah timur, Tamadun India di sebelah tenggara , dan Tamadun Aramik-Hebrew dan Aryan di sebelah barat laut.Perkembangan Tamadun Islam di dunia Arab boleh dibahagikan kepada empat peringkat , iaitu zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin (610-60M), zaman Bani Umaiyah (660-750M), zaman Bani Uthmaniyah (1261-1924M).Kekuatan pengaruh Tamandun Islam turut menyumbang kearah tercetusnya pembaharuan di Eropah dan seterusnya perluasan pengaruhnya hingga ke kepulauan Melayu.
Zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa’ al_rasyidin r.a adalah zaman model Tamadun Islam.Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada 12 Rabi’ui-Awwal tahun Gajah,bersamaan 20 April tahun 571 Masihi daripada kalangan bangsa Arab Quraisy.Sifatnya yang jujur dan amanah menyebabkan Baginda dikenali sebagai al-amin (yang jujur) di kalangan masyarakat pada zaman itu.Pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos taahun 610 Masihi ,Baginda menerima wahyu yang pertama daripada Allah s.wt dan secara rasmi Baginda dilantik sebagai Rasul Allah.Selama 13 tahun berikutnya,baginda menjalankan dakwah di Makkah yang bertemakan tauhid, iaitu mengesahkan Allah s.w.t dan menentang segala bentuk syirik ,khurafat dan tahyul.





2.0 KONSEP ILMU
2.1 Menurut Tamadun Islam
Dalam bahasa Arab, ilmu mempunyai erti dan maksud yang sangat umum dan luas, iaitu sesuatu yang unggul dan sejagat sifatnya. Ia tidak hanya terhad kepada ilmu agama seperti fikah, tauhid, hadis, tafsir, atau umpamanya tetapi merangkumi semua aspek ilmu pengetahuan yang dipelajari termasuk ekonomi, sains dan perubatan. Menurut Al-Quran, kesemua ilmu yang dipelajari manusia adalah datangnya daripada Allah S.W.T.
Penganugerahan ilmu daripada Allah tidak terhad kepada orang muslim atau orang yang beriman sahaja, tetapi juga manusia kafir yang tidak beriman.
Dari segi falsafah jelas menunujukkan bahawa ilmu itu merupakan hikmat yang boleh membimbing manusia untuk mentaati Allah pencipta sekalian alam (al-Khaliq) dan member kebahagiaan dunia dan akhirat.
Imam al-Ghazali r.a dalam bukunya Ihya Ulum ad-Din membahagikan ilmu kepada dua jenis ilmu iaitu ilmu al-Mahmudah (yang baik) dan al-Mudmumah (yang keji). Ilmu mahmudah ialah ilmu yang berfaedah di dunia dan di akhirat, manakala ilmu mudmumah ialah ilmu mungkar seperti ilmu sihir atau seumpamanya. Walau bagaimanapun, dalam al-Quran, tidak ada pembahagian atau kategori ilmu yang bersifat baik dan tidak baik, ilmu kafir atau ilmu islam, kerana konsep ilmu itu sendiri sudah melambangkan ketinggian dan kesucianya. Dengan kesucian ilmu ini Islam mewajibkan umatnya, sama ada lelaki atau perempuan mencari ilmu di mana jua mereka berada. Oleh itu, setiap yang mungkar adalah bertentangan dengan ajaran Islam, sedangkan ilmu itu dalam lingkungan Islam.
Ilmu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ilmu kekal (qadim) dan ilmu baharu (hadis). Ilmu qadim hanya pada Allah sahaja, manakala ilmu hadis ialah kurniaan Allah kepada makhluk. Ilmu yang baharu pula terbahagi kepada tiga iaitu ilmu badihi, ilmu daruri dan ilmu istidlal. Ilmu juga boleh dibahagi kepada ilmu nazari, iaitu ilmu mengenai sesuatu berbentuk teori dan ilmu amali iaitu ilmu mengenai ibadat. Ilmu amali ini dianggap tidak lengkap sekiranya tidak diamalkan. Ibnu Khaldun (Muqqadimah) membahagikan ilmu kepada tiga iaitu ulum naqliyah seperti ilmu al-quran, ilmu hadis, ilmu fikah, dan ilmu kalam; ulum aqliah, seperti ilmu falsafah, ilmu sains, ilmu logik, dan ilmu fizik, dan ulum al-lisan atau ilmu bahasa. Selain ilmu ada pula makrifat, iaitu maklumat-maklumat yang diperolehi manusia menerusi pengalaman hidup.
Dari segi konsep dan falsafahnya, ilmu berbeza daripada makrifat; ilmu mempunyai hokum dan kaedah yang tetap dan bersifat objektif, sementara makrifat termasuk sihir hanya merupakan maklumat umum melalui pengalaman dan pendidikan yang kadngkala bersifat subjektif dan membawa kepada hasil yang negative. Manusia lebih banyak memperoleh makrifat daripada ilmu kerana ilmy yang dianugerahi Allah kepada manusia amat sedikit. Firman-Nya bermaksud:
Kedaifan manusia menyebabkan mereka sering gagal mencapai kebahagiaan di dunia. Sebagai contoh C. Darwin yang mempelopori teori evolusi yang mengatakan manusia berasal daripada binatang terbukti tidak benarbukan sahaja berdasarkan al-Quran tetapi juga kajian ilmiah dan sains moden. Kajian atau teori yang tidak benar boleh lagi dianggap sebagai ilmu kerana ilmu itu adalah sesuatu yang benar dan pasti.
Kebenaran dan kepastian sesuatu ilmu itu boeh diuji menerusi ilmu yang lain tau menerusi wahyu. Ilmu yang benar dan pasti itu sentiasa menepati peraturan dan hukum kejadian alam dan manusia yang sudah ditentukan oleh Allah .Antara hukum ilmu menurut Islam ialah keyakinan bahawa asetiap ilmu yang diperoleh adalah daripada Allah.Akal hanya merupakan satu daripada alat atau jalan untuk mendapatkan ilmu,kerana banyak lagi jalan atau cara lain untuk mendapatkan ilmu,karana banyak ilmu temasuk roh,ilham dan juga panca indera seperti pendengaran dan penlihatan.
Secara kesimpulannya,ilmu menurut Islam adalah sesuatu yang unggul dan suci yang boleh membimbing manusia kea rah kabaikn dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat .Ilmu adalah sebahagian daripada islam ,malah Islam itu sendiri ditegakkan di atas ilmu.Oleh itu tidak timbul maslah pengislaman ilmu kerana ilmu itu sudah berada dalam lingkungan Islam aatau ia sendiri sudah Islam .Apa yang eprlu diIslamkan ialah makrifat atau andaian ilmiah dan perlanksanaan ilmu yang dimurkai allah.Tugas para ilmuan Islam ialah membimbing manusia kea rah pencapaian ilmu yang hakiki dan baramal soleh.
2.4 Pembahagian Ilmu Menurut Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun
Imam Al-Ghazali Ibnu Khaldun
Terbahagi kepada dua:
I. Al-Mahmudah (yang baik)
Ilmu yang membawa kebaikan dunia dan akhirat.

II. Al-Mudmumah(yang keji)
Ilmu mungkar seperti sihir yang menyalahi agama dan hakikat kehidupan. Terbahagi kepada tiga:
I. Ulum Naqliyah
Seperti ilmu al-quran, ilmu hadis, ilmu fikah, dan ilmu kalam.
II. Ulum Aqliyah
Seperti ilmu falsafah, ilmu sains, ilmu logik, dan ilmu fizik, dan ulum al-lisan atau ilmu bahasa
III. Makrifat
maklumat-maklumat yang diperolehi manusia menerusi pengalaman hidup.













2.3 Peranan Ilmu
Dalam setiap perkara yang hendak dilakukan ,mesti ada ilmu.Antara peranan ilmu ialah
• Pendorong untuk mendapat hidayah (kesedaran) dan taufik (jalan)
• Pendorong untuk beramal
• Membezakan yang hak dan yang batil
• Mengetahui suruhan dan larangan
• Mengetahui apa tanggungjawab dan bagaimana untuk melaksanakannya
• Dapat mengenal Allah secara tepat
• Mendorong orang beriman
• Memudahkan tujuan (ghaiya’)
• Mengelakkan syirik (menyekutukan Tuhan)
• Mencegah kekufuran
• Mencegah maksiat
• Mendorong mengerjakaan syariat,tasawuf dan akhlak
• Mudah menerima peringatan
• Mengesahkan ibadat
• Mendorong mencintai Allah
• Pendorong bertawakal kepada Allah
• Pendorong sabar
• Pendorong takutkan Allah
• Terdorong harap(raja’) kepada allah
• Terdorong untuk menjaga kebersihan
Tegasnya peranan utama ilmu ialah mendorong manusia beriman,beribadah,serta melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah allah di muka bumi ini.




3.0 KONSEP KESEPADUAN ILMU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
Dalam mengharungi arus globalisasi, ditentukan dengan penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan dalam kesemua bidang sama ada ilmu aqliyah atau naqliyah. Kejayaan sesebuah masyarakat dan bangsa ditentukan oleh usaha mereka dalam mengejar ilmu serta penguasaan mereka dalam ilmu pengetahuan yang mereka miliki dan mengaplikasikan dengan sebaiknya. Tetapi untuk kesempurnaan hidup di dunia secara bermasyarakat, ilmu naqli atau ilmu agama sahaja tidak mencukupi meskipun ia merupakan ilmu yang paling tinggi dalam pandangan Islam. Manusia memerlukan pengetahuan yang terperinci tentang alam fizikal, alam kemanusiaan dan alam kemasyarakatan, sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah yang akan membangun dirinya, alam sekitarnya dan masyarakat serta membentuk sejarah, sesuai dengan tuntutan akidah tauhid dan syariah Allah s.w.t.
Oleh demikian, ilmu pengetahuan yang dikategorikan sebagai ilmu aqli perlu dipelajari dan dikembangkan sebagai pelengkap kepada ilmu agama. Di negara kita usaha-usaha untuk melaksanakan konsep ilmu bersepadu amat jelas. Bagi mencapai dan menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal semua kurikulum sekolah menengah yang kini dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Di peringkat universiti pula, setiap pelajar diwajibkan mengambil kursus tamadun Islam. Melalui elemen-elemen yang dititik beratkan dalam falsafah negara ini seperti elemen pendidikan suatu usaha yang berterusan, menjadikan kesepaduan ilmi-ilmu pengetahuan diperoleh secara berperingkat-peringkat bersesuaian dengan tahap perkembangan kognitif masing-masing.
Pembaharuan demi pembaharuan dilakukan dalam kurikulum pendidikan negara demi menyepadukan ilmu-ilmu yang dapat dipelajari oleh para pelajar. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran disusun semula daripada yang paling asas kepada yang paling kompleks mengikut topik. Segala kaedah dan sukatan pembelajaran yang disusun sama sekali tidak bercanggah dengan kehendak agama.
Selain itu, bagi menyokong proses pelaksanaan ilmu bersepadu ini, terdapat beberapa buah institusi pengajian tinggi swasta (Islam), yang memupuk dan memperluaskan pendidikan bersepadu melalui program akademik yang berlandaskan tauhid. IPTS Islam ini bukan sahaja berperanan sebagai pusat pengajian agama, malah juga sebagai pusat pengajian sains, teknologi dan pengurusan yang memberi peluang pendidikan tinggi dalam bidang-bidang tersebut agar dapat membekalkan masyarakat dengan golongan pakar dan profesional dalam pelbagai bidang ilmu.
Begitu juga dengan kehendak Perdana Menteri kita yang jelas ingin melahirkan masyarakat yang berilmu sama ada bidang agama dan bukan agama. Kerajaan memberi penekanan yang menyeluruh meliputi ekonomi, politik, sosial, rohani, jiwa dan budaya. Malaysia akan dibangunkan menjadi sebuah negara maju bertaraf dunia, tetapi dengan menggunakan cara yang tersendiri. Cara ini sesuai dengan perspektif agama, dan Islam khasnya menekankan pembangunan bersepadu meliputi rohani dan jasmani.
4.0 RUMUSAN
Dengan kesepaduan ilmu duniawi dan ukrawi yang dilaksanakan di negara kita, kita bukan sahaja dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani, fizikal, emosi dan juga spiritual, malah mampu mewujudkan masyarakat berilmu yang berkualiti, berintegriti dan berakauntabiliti. Lebih-lebih lagi, dengan penguasaan dalam bidang ilmu, dapatlah menyatupadukan rakyat negara kita sekaligus memantapkan lagi struktur politik di negara kita. Oleh hal yang demikian, semua pihak seharusnya, berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu kerana hanya dengan ilmu sahajalah yang mampu mengubah kehidupan kita di dunia mahupun akhirat.